Monday, October 17, 2011

Ucapan Perbahasan Bajet 2012

Yang Berhormat Tan Sri/Dato Yang Di Pertua,

Terima Kasih Diberikan Peluang Membahas

    1                   Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Yang Di Pertua kerana memberikan saya peluang untuk mengambil bahagian dalam pembahasan Bajet 2012.
Isu Pertama: Kemelesatan Ekonomi Dunia
2                   Bajet 2012 bercadang menyediakan peruntukan belanjaan 232.8 billion ringgit. Dari segi kutipan hasil Kerajaan anggarkan 186.9 billion ringgit dan dengan mengambil kira anggaran hasil dan perbelanjaan, Kerajaan jangka defisit bajet untuk 2012 adalah 4.7 peratus. Mengikut Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan Tahun 2012 di muka surat 7 jumlah hasil di jangkaan daripada pertumbuhan yang kukuh sebayak 5.0% sehingga 6% dalam tahun 2012.

             3                    Yang Berhormat Perdana Menteri dalam perenggan 9 ucapan   Bajet 2012 menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2011 dianggar berkembang 5% hingga 5.5%.

4                   Beliau berkata bagi tahun 2012 pula prospek ekonomi global dijangka lebih mencabar. Tabung Kewangan Antarabangsa telah menyemak semula pertumbuhan ekonomi dunia kepada 4% dan perdagangan dunia kepada  5.8%. Anggaran pertumbuhan ekonomi negara dibuat selepas mengambil kira kelembapan ekonomi di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun, tekanan inflasi akibat kenaikan harga komoditi, krisis hutang negara Eropah serta perdagangan dunia yang lebih perlahan. Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun 2012 boleh meningkat diantara 5 hingga 6 peratus.

5                   Kerajaan membuat jangkaan ini dengan mengambil kira ekonomi domestik terutamanya pelaburan swasta dan awam diunjur akan meningkat 15.9 peratus dan 7 peratus, peningkatan pelaburan langsung asing, pelaksanaan projek ETP dan Rolling Plan Kedua dibawah Rancangan Malaysia Ke-10. Penggunaan swasta diunjur meningkat 7.1 peratus berikutan peningkatan pendapatan boleh guna dan prospek pekerjaan yang lebih positif.

6                   Saya meminta Kerajaan untuk mengkaji jangkaan semula dan mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi rakyat daripada kesan negatif krisis ekonomi dunia yang pasti akan menimpa semua negara termasuk negara kita.

7                   Beberapa pakar ekonomi tidak bersetuju dan bertikai anggarran Kerajaan. RHB Resarch Institute mengumumkan pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun depan kemungkinan perlahan setakat 3.6% berbanding paras 4.3% dianggarkan tahun ini ekoran risiko kemelesetan global berganda yang mendalam.  Anggaran pertubuhan yunit RHB yang dikeluarkan kemarin jauh lebih rendah berbanding anggaran 5% - 6% diramalkan oleh Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2012.

8                   RHB juga berkata bahawa risiko kemelesetan global berganda yang mendalam sangat tinggi dan semakin meningkat memandangkan kedua-dua, Amerika Syarikat dan Eropah, tidak boleh menerima satu lagi kejutan. Meskipun boleh mengelakkannya jika pemimpin-pemimpin mereka bertindak dengan segera untuk menangani krisis hutang dan menghindari pengeluaran yang boleh menjejaskan terus keyakinan.

9                   Malah penyelidikan itu juga menjangkakan sektor business akan memotong perbelanjaan ekoran persekitaran tidak menentu meskipun sebahagian pertumbuhan akan datang hasil perlaksanaan program transformasi ekonomi.

10              Pertumbuhan pelaburan swasta dijangka menurun lagi sehingga 4.6% pada 2012 selepas perlahan ke paras anggaran 5.7% tahun ini. 

11              Eksport dijangka akan mengalam pertumbuhan sekitara 1.1% berbanding 3.4% tahun ini ekoran penurunan permintaan luar bagi barangan elektrik dan elektronik (“E&E”). 

12              Permintaan domestik dianggarkan akan mengalami pertumbuhan pada kadar rendah 5.1% pada tahun depan berbanding anggaran 5.8% pada 2011.

13              Selain daripada RHB adalah beberapa unit penyelidikan ekonomi bank-bank yang lain juga tidak menerima anggaran bajet kerajaan. Bank of America Global Resources meramalkan pertumbuhan adalah hanya 4.2%, Maybank Investment Bank 3.5-4%, CIMB Investment Bank 3.8%. Malaysan Institute of Economic Research (“MIER”) juga menyatakan bahawa sukar tumbuhan KDNK akan dapat mencapai 5% tahun depan melihat keadaan yang semakin lama semakin lebap in Amerika Syarikat dan Eropah. MIER mendapat pertumbuhan untuk 2012 adalah 4.6 peratus KDNK.

14              Pada pandangan saya, anggaran yunit-yunit penyelidikan ekonomi bank-bank berasas:-

a.     Malaysia adalah Negara perdagangan dan ekonomi yang terbuka (dengan izin “an open economy”) dan ekonomi kita bergantung kepada ekspot. Yang terbesar ekspot adalah pembuatan terutamanya eletrik dan elektronik (“E&E”):-
                                                             i.      Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun adalah negara-negara yang negara kita mengekspotkan sebahagian yang besar. Mengikut Laporan Ekonomi Tahunan 2011/2012 di muka surat xxiii barangan pembuatan yang Malaysia ekspot untuk tahun 2010 kepada China adalah 14%, Kesatuan Eropah 12.8%, Amerika Syarikat 12.2% dan Jepun 7.4%;
                                                           ii.      Untuk 2011 adalah China 13.2%, Kesatuan Eropah 13.2%, Amerika Syarikat 11.0% dan Jepun 7.8%;
                                                        iii.      Angka-angka ini menujukan bahawa Malaysia tidak mungkin boleh tukar eksport daripada Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun kepada China atau oleh pasaran domestik;

c        Kadar pertumbuhan perusahaan (“manufacturing growth rate”) bagi suku tahun pertama ini adalah 5.5% dan ini telah menurun sehingga 2.1% untuk suku tahun kedua ekoran krisis ekonomi di Amerika Syarikat dan Eropah. Export adalah sektor yang menjana sebahagian besar dalam KDNK. Negara kita meneksportkan sebahagian besar kepada Amerika Sysarikat dan Eropah. Dengan keadaan kewangan di dua kawasan ini, saya berpendapat Negara kita tidak mungkin boleh menggantikan kesemua ekspot ke Amerika Syarikat dan Eropah ke Cina atau pasaran domestic;
d        Tabung Kewangan Antarabangsa (“IMF”) dalam laporan Oktober 2011 melaporkan bahawa krisis kewangan di Amerkia Syarikat dan Eropah akan mengadakan impact negative di Asia.

                15            Oleh yang demikian ada orang yang memangill Bajet 2012 dengan izin “overly optimistic” tetapi ada pula memangill Bajet ini sebagai “impossibly optimistic”. Oleh sebab terdapat pakar pakar ekonomi yang tidak dapat menerima anggaran Kerajaan dalam Bajet 2012, nampaknya bukan sahaja kita mengadakan defisit bajet tetapi juga ada defisit kredibiliti.

                  16               Ini bukan kali pertama ramalan Kerajaan bercanggah dengan ramalan pakar ekonomi penyilidikan bank-bank. Saya masih beringat dalam bahasan bajet 2009 pada bulan Ogos 2008, ahli-ahli dan rakan rakan saya di sebelah dewan yang mulia ini meminta Kerajaan untuk mengambil kira impact negative kepada ekonomi Malaysia yang pada waktu ini bermula dengan masalah sub-prime di Amerika Syarikat. Kerajaan menafikan masalah ini akan memberikan kesan negative kepada Negara kita. Dua bulan selepas itu, pada bulan Oktober semua anggar dan anjuran tidak boleh diguna lagi. Negara kita sudah di timpa dengan kemelesetan ekonomi. Kerajaan pada akhirny bercadang untuk mengadakan dua, bukan satu tetapi dua pakej ransangan ekonomi. Pada mulanya pakej sebanyak tujuh billion ringgit dan bila ini tidak mencukupi, pakej kedua sebanyak enam puloh billion.

17                            Pada masa pakej kedua dapat dilaksanakan kesan negative telah menimpa dan rakyat telah merasai kepahitan kemelesetan ekonomi.

18                               Hari ini kita mendengar hujah yang sama seperti yang dibuat pada 2008 bahawa kesan krisis kewangan dunia tidak akan memberikan kesan yang besar kepada Negara kita. Saya bimbang sekali lagi seperti pada 2008, bila Kerajaan tersedar kebanyakan penduduk penduduk Negara kita telah terkorban.    

19                       Oleh yang demikian, saya merayu kepada Kerajaan untuk mengkaji semula dengan teliti anggaran pertumbuhan dan juga hasil pendapatan untuk tahun 2012.  Jikalau anggaran Kerajaan tidak tepat adanya kesan negative yang besar kepada negara. Kerajaan seharusnya mengambil pendekatan yang menunjukkan sikap berhati-hati dan berwawasan dan mengambil peluang ini untuk mengambil langkah-langkah yang sewajar pada masa ini untuk melindungi rakyat. Kerajaan seharus tidak boleh menunggu sehingga kemelesetan ekonomi menimpa rakyat sebelum mengambil tindakan.  Pada waktu itu sudah terlewat untuk mengambil tindakan untuk mengelakkannya.

Langkah Pelindungi Rakyat dari Kemelesatan Ekonomi

20            Saya meminta Kerajaan memberikan penjelasan apakah langkah yang disediakan untuk menyelamatkan perusahaan dan industry akibat kemelesatan kewangan dunia. Apakah langkah dicadangkan untuk meyelamatkan kerja. Apakah Kerajaaan akan boleh buat untuk membantu mereka yang akan hilang kerja dan pendapatan mereka atas sebab krisis ekonomi dunia ini.

Undang undang yang Terhad Jumlah Pinjaman Kerajaan

21            Terdapat dua akta yang menghadkan jumlah hutang kerajaan iaitu seksyen 3(3) Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan seksyen 3(1) Akta Pendanaan Kerajaan 1983. Berdasarkan kedua akta ini, jumlah terkumpul hutang kerajaan tidak boleh melebihi 55 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (“KDNK”) bagi tujuan pembangunan.

22            Mengikut Laporan Bank Negara Malaysia (“BNM”). Angka hutang Negara setakat suku kedua ini iaitu sehingga Jun  lalu, sudah melebihi 53 peraus dari KDNK. Kerajaan adalah dihadkan untuk meminjam 2 peratus KDNK. Mengikut Bajet 2012 Kerajaan mencadang meminjam 46 billion ia itu 4.7% KDNK. Oleh yang demikian, rupanya, Kerajaan tidak boleh meminjam 46 billion kerana melanggar undang-undang.

23            Saya meminta Yang Berhormat Menteri untuk menjawap:-

a.     Adakah Kerajaan dihadkan dan tidak boleh meminjam melebihi 53 peratus dari KDNK;
b.     Berapa dari pada hutang kerajaan sehingga ketika ini adalah untuk pembangunan;
c.      Adakah Kerajaan meminjam untuk bayaran pengurusan;
d.     Adakah Kerajaan bercadang untuk meminta Dewan Rakyat menaikkan jumlah hutang kerajaan lebih tinggi daripada 53% kerana kalau ini tidak diluluskan oleg Dewan Rakyat, Kerajaan tidak boleh meminjam lebih dari 55% KDNK.
GST  

               24            Mengikut Laporan Anggaran Kerajaan Persekutuan hasil yang Kerajaan meramalkan tidak mengambil kira perubahan kepada cukai yang Kerajaan bercadang akan di buat dalam Bill Kewangan untuk sessi ini. Ini termasuk Bill Cukai Barangan dan Perkhidmatan (“GST”). Apakah anggaran hasil Kerjaan akan dapat mengutip dari pada GST?
      
Isu Kedua – Pelaburan Domestik secara langsung (“Direct Domestic Investment”)


25            Yang Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pelaburan swasta domestik akan memainkan peranan yang penting di dalam rancangan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. Namun begitu, Perdana Menteri di dalam seminar Pelaburan Domestik pada 15hb September berkata bahawa Malaysia memerlukan pelaburan domestik berjumlah 940 billion ringgit dalam masa sepuluh tahun dengan purata pelaburan domestik 94 billion ringgit setahun untuk mencapai status pendapatan tinggi pada 2020.

26            Yang Berhormat Perdana Menteri telah berkata bahawa pelaburan domestik yang dicapai sehingga tahun ini adalah jauh daripada sasaran tahunan.  Pelaburan domestik di dalam sektor perusahaan dari Januari sehingga Julai 2011 hanya berjumlah 15.9 billion ringgit sementara pelaburan di dalam sektor perkhidmatan adalah 11 billion ringgit.

27            Kekurangan pelaburan domestik adalah atas beberapa masalah tertentu.  Kerajaan hendak mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah-masalah ini sebelum pelaburan domestik dapat meningkat. Mengikut laporan World Bank pada September 2011, bulan lalu, bahawa kadar pelaburan tempatan masih rendah atas sebab masalah infra-struktur, pendidikan, kekurangan kemahiran dan pekerja mahir. Antara sebab yang dinyatakan didalam Laporan Bank Dunia sebagai masalah Malaysia ialah kekurangan daya persaingan kerana empat dekad program tindakan affirmatif (atau dengan izin ”affirmative action programmes”). Laporan CIMB melaporkan bahawa syarikat Malaysia pada suku tahu kedua melabur sebanyak 6.2 billion ringgit di luar negara dan ini melebihi 5.9 billion ringgit FDI yang masuk.  Masalah mengenai pelaburan tempatatn boleh diringkaskan seperti yang berikut:-

a.                 Kerajaan hendak memansuhkan monopoli yang telah diberikan kepada GLC dan syarikat-syarikat yang tertentu;

b.                 Kerajaan hendak mengadakan sistem tender terbuka untuk kontrak;

c.                  Kerajaan hendak memberikan tumpuan kepada meritokrasi.

28            Saya merujuk kepada contoh yang digunakan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri untuk menunjukkan masalah yang dihadapi jikalau dasar meritokrasi tidak diamalkan.  Yang Berhormat Perdana Menteri dalam perenggan 103 Ucapan Bajet 2012 mengata bahawa Kerajaan hendak menggalakkan kreativiti.  Beliau bertanya kalau Kerajaan tidak membantu mereka yang mempunyai idea-idea kreatif, adakah idea orang-orang seperti Bill Gates, mendiang Steve Jobs, Michael Dell, adik-beradik Wright, Thomas Edison boleh berjaya.

29             Saya hendak menarik perhatian kepada apa yang telah dikatakan oleh Perdana Menteri dalam perenggan 103 Ucapan beliau, iaitu, bolehkah  idea-idea seperti idea Bill Gates dan lain-lain dapat dijayakan kalau sistem tidak memberikan nilai kepada meritokrasi.

30            Mengikut satu artikel yang diterbitkan oleh Malaysia Insider pada 19hb Ogos 2011 bahawa pentadbiran Yang Berhormat Pekan hanya akan memberikan tumpuan kepada meritokrasi diantara persaingan bumiputera. Mengikut artikel itu yang diterbitkan Yang Berhormat Perdana Menteri mengatakan bahawah:

 ”Without meritocracy we will be a nation of mediocrity. Mukanya kita tidak mengejar excellence.”
Namun bagitu Yang Berhormat Perdana Menteri berkatakan bahawa masa belum sampai untuk kerajaan melaksanakan dasar ”meritokrasi” untuk semua lapisan masyarakat.

31            Oleh yang demikian,saya meminta Yang Berhormat Perdana Menteri untuk memberikan penjelasan tentang dasar pentadbiran beliau tentang isu meritokrasi ini dan slogan Satu Malaysia.

32           Selain daripada itu saya juga minta Kerajaan memberikan penjelasan atas langkah dan status program untuk menjadikan negara sebagai negara berpendapatan tinggi. Pada pandangan saya kerajaan hendak mengambil tindakan untuk membina dan menambah lagi banyak warganegara dan penduduk menjadi kelas tengah (”middle kelas”). Ini melibatkan pertamanya amalan gaji minima dan kedua ialah melaksanakan dasar ”kebebasan persaingan” (dengan izin ”Freedom of Competition”) Hanya dengan ada kebebasan untuk bersaing  barulah pekerja serta peniaga akan meningkatkan taraf kebolehan, kemahiran mereka dan dengan itu menaikan taraf pendapatan.

33           Satu perkara lain yang berikat kepada isu ini adalah untuk Kerjaan memansuhkan syarat-syarat dalam lesen yang dikeluarkan dibawah Industrial Co-ordination Act kepada pelabur tempatan. Syarat-syarat ini telah dibeku atau tidak lagi terpakai kepada pelabur asing semenjak tahun 1986. Saya mendapat bahawa masa telah sampai untuk syarat-syarat ini dimansuhkan juga untuk pelabur tempatan.

Isu Ketiga – Kos Sara Hidup yang tinggi

34         Yang Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan Bajet 2012 pada 7hb Oktober 2011 telah mengumumkan Kerajaan bercadang membuat beberapa pemberian tunai secara ”one-off” atau sekali sahaja yang diantaranya bayaran seperti yang diikut:-

a.                 Bantuan sebanyak 500 ringgit kepada isi rumah berpendapatan bulan 3,000 ringgit dan ke bawah yang melibatkan peruntukan 1.8 billion ringgit;

b.                 Bantuan persekolahan 100 ringgit diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah yang melibatkan peruntukan 530 juta ringgit;

c.                  Pemberian baucar buku bernilai 200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi melibatkan peruntukan 260 juta ringgit;

d.                 Bayaran 500 ringgit kepada penjawat awam dan bayaran 500 ringgit kepada pesara yang melibatkan peruntukan 260 juta ringgit;

e.                  Bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minima 500 ringgit kepada penjawat awam dan 500 ringgit kepada pesara yang akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam serta 618 ribu pesara kerajaan yang akan menelan 4 billion ringgit;

f.                   Sumbangan sebanyak 3,000 ringgit secara one-off kepada setiap bekas anggota serta duda dan balu mereka berjumlah 62,000 orang melibatkan peruntukan 186 juta ringgit.

35       Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan atas cadangan membuat bayaran tersebut kerana apa jua yang boleh membantu rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah yang bersengsara kerana kenaikan kos sara hidup memang akan sangat dialu-alukan. Namun begitu, saya berpendapat bahawa bayaran tersebut tidak akan dapat membantu rakyat untuk mengatasi masalah kos sara hidup yang semakin meningkat setiap hari.

36         Jumlah peruntukan untuk bayaran kepada hanya enam golongan ini sudah melebihi 7.04 billion ringgit. Ini hendak dibandingkan dengan jumlah subsidi bahan makanan asas seperti yang dinyatakan dalam perenggan 70 ucapan Perdana Menteri dimana keseluruhan subsidi bahan makanan asas menelan belanjaan 2.3 billion ringgit.  Ini bermakna bayaran one-off sebanyak 7.04 billion ringgit ini lebih 3 kali ganda daripada jumlah subsidi makanan asas. Bayaran one-off memang akan dialukan oleh golongan tersebut tetapi bayaran ini tidak akan dapat membantu mereka menyelesaikan masalah kos sara hidup yang tinggi.  Antara sebab kos sara hidup tinggi adalah harga bahan makanan asas yang tinggi.  Beberapa syarikat menikmati monopoli di dalam perniagaan edaran makanan dan bahan keperluan.

37        Syarikat yang menikmati monopoli mengedarkan beras adalah seperti Bernas, pemain dominan untuk gula seperti Tradewinds dan Felda Global Ventures.

38        Saya meminta Kerajaan untuk memberi penjelasan mengapa Kerajaan memansuhkan monopoli-monopoli ini dan memberikan beberapa syarikat untuk memasukkan ke dalam perniagaan ini dengan adanya bersaingan (”competition”) harga barang akan dapat dikawal mengikut kehendak pasaran (”market forces”).


Isu Keempat – Pekerja Asing

39               Kerajaan bercita-cita Malaysia menjadi ekonomi berpendapatan tinggi pada 2020.  Untuk mencapai sasaran ini, negara kita tidak boleh terus bergantung kepada buruh yang berkemahiran rendah (”low skill labour”) dan industri yang menggunakan buruh intensif.  Kerajaan telah menjalankan Program 6P (Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin) untuk mendaftar pekerja asing yang jumlah lebih daripada 2.3 juta.  Mengikut Laporan Ekonomi 2010/2011, 1.8 juta pekerja asing telah didaftar dan kemungkinan ada 2 juta yang tidak berdaftar. Daripada 1.8 juta yang didaftar: 38.2% adalah disektor perusahaan, 16% construction atau pembinaan, 14.2% peladang. Mereka terdiri daripada 50.9% Indonesia, 17% Bangladesh, 9.7% Nepal, 7.8% Myanmar, 6.3% India dan 4.2% Vietnam.

40            Ada penganalisa yang berkata pekerja asing dengan gaji yang rendah membolehkan syarikat kami untuk bersaing dengan negara perusahaan kos rendah.  Ada para ekonomi yang lain yang berpendapat bahawa syarikat-syarikat tempatan tidak akan berinovasi dan meningkatkan kecekapan kalau Kerajaan meneruskan dasar membenarkan pekerja asing di negara kita.
41            Saya meminta Kerajaan untuk mengkaji cara untuk mengurangkan kegantungan syarikat-syarikat tempatan kepada pekerja asing dan mengambil tindakan untuk menaikkan taraf kemahiran pekerja menuju kepada pendapatan tinggi.
42            Jumlah pekerja asing sehingga Disember 2010 merangkumi 15.2% daripada tenaaga kerja. Kerajaan hendak terus mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing kurang mahir. Kerajaan hendak menetapkan sesuatu jadual untuk kebergantungan kepada pekerja asing ini dikurangkan.
43            Saya juga meminta Kerajaan untuk melaksanakan gaji minima sebagai satu cara untuk mengatasi masalah ini. Dengan melaksanakan dasar gaji minima saya yakin masalah kebergantungan kepada pekerja asing akan diatasi serta memberikan insentif untuk majikan membuat innovasi untuk menambahkan productiviti setiap pekerja.

Hutang Isi Rumah
44            Jumlah hutang isi rumah telah naik daripada 66.7 peratus KDNK kepada 77 peratus KDNK pada masa ini. Ini adalah tertinggi di Asia selain daripada Jepun. Pinjaman perumahan adalah lebih daripada 50% pinjaman dan pinjaman sewa beli kereta adalah lebih kurang 30%. 45  Pinjaman perumahan dna kereta yang tinggi are lah sebab harga tinggi rumah dan kereta. Rakyat hendak membeli kereta kerana tidak ada sistem pengangkutan awam yang baik. Kerajaan dalam bajet ini bercadang untuk membantu rakyat tertuamanya pemudah untuk meminjam. Dengan cara ini tempoh bayaran telah dilanjutkan sehingga tiga puluh tahun. 

46  Masalah bukan pinjaman tetapi harga yang tinggi. Saya menyeru kepada Kerajaan untuk mencari cara untuk mengada rumah berharga munasabah (”affordable housing”) dan juga sistem penganguktan awam yang berkesan.


Sekian  Terima Kasih,

William Leong Jee Keen
Ahli Parlimen Selayang

No comments:

Post a Comment