Tuesday, January 5, 2010

Jangan ambil alih Bukit Botak!


SELAYANG BARU – Keputusan Kerajaan Negeri mengambil alih tanah Bukit Botak mendapat tentangan hebat penduduk yang terbabit.

Sambil menganggap keputusan Menteri Besar (MB), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu sebagai satu kesilapan, satu demonstrasi membantah keputusan berkenaan dibuat oleh penduduk terbabit, semalam.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen menegaskan, pihaknya bersama penduduk telah menetapkan pendirian membantah dan menyifatkan keputusan MB mengambil alih tanah bagi menyelesaikan isu berkenaan kerana tidak menerima maklumat lengkap.

“Keputusan mengambil tanah Bukit Botak oleh Kerajaan Negeri adalah satu kesilapan. Kita percaya MB telah menerima mak- lumat yang salah daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Pejabat Tanah Gombak.

“Sedangkan sebanyak 1,000 borang persetujuan telah diserahkan kepada pihak MB pada 21 Novem-ber lalu iaitu dokumen ditandatangani penduduk supaya geran tanah dan projek perumahan mereka diteruskan,” katanya.

William berkata demikian ketika ditemui wartawan dalam bantahan penduduk di kawasan perumahan Selayang Mutiara, yang diduduki 82 penduduk bekas Setinggan Bukit Botak (SBB).

Menurutnya, tanah perlu diserahkan kepada penduduk SSB dan mereka sendiri boleh menentukan agar penempatan diteruskan supaya masalah lebih 23 tahun lalu tidak berlarutan lebih lama.

“Lagipun punca projek SBB terbengkalai bukan disebabkan penduduk. Mengapa penduduk pula perlu menjadi mangsa dengan Kerajaan Negeri hendak mengambil alih tanah mereka.

“Lebih 1,010 penduduk telah menjelaskan premium tanah sejak geran dikeluarkan pada 2005. Di sini saya lihat pihak yang patut di-persalahkan adalah pemaju yang gagal menyiapkan projek,” kata William.

Menurutnya, pihak yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap kegagalan projek SBB adalah syarikat Shah Alam Properties Sdn Bhd (SAP), Delpuri Corporation Sdn Bhd dan PKNS.

Mengulas kerugian yang dikatakan bakal dihadapi PKNS sehingga RM136 juta jika meneruskan projek SBB, menurut William kenyataan berkenaan amat dicurigai.

“Kita amat curiga kerana saya difahamkan, jika syarikat Delpuri meneruskan projek, kos digunakan hanya RM70 juta, sedangkan kos diperlukan PKNS sehingga RM300 juta.

“PKNS kata sudah membelanjakan sehingga RM48 juta untuk menyiapkan projek SBB, sedangkan sehingga kini hanya 88 unit rumah baru disiapkan dan yang lain-lain hanya baru jalankan kerja tanah,” katanya.

William berkata, untuk itu pihaknya akan menyiasat mereka yang bertanggungjawab ‘memainkan peranan’ dalam hal ini dan akan membuat laporan polis serta me- minta Suruhanjaya Pence-gah Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat.

Menurutnya, sekiranya proses pengambilan tanah masih hendak diteruskan, pihaknya akan mengambil injunksi mahkamah untuk menghalang tindakan terbabit dan akan menyaman mereka yang telah mengaut keuntungan tidak sepatutnya dalam hal ini.

1 comment:

  1. Tuan,
    saya berharap sangatlah pihak tuan kotakan kata kata tuan, untuk membuat siatan dan seterusnya bawalah kepihak pengadilan, kami penduduk dah menderita dengan mainan pihak berkuasa,kami dah banyak guna wang untuk hajat kami mendapatkan rumah, bayar primium tanah, juru ukur,batu sempadan dan cukai tanah.
    Tuan saorang peguam sudah arif dengan undang undang belalah kami, belalah kami dan bela lah kami. penempatan setinggan jangan bukit botak janganlah dipolitikkan dan janganlah ambil kesempatan mengambil keuntungan cukuplah project ini satu project sosial pada orang susuh saperti kami.

    ReplyDelete