William Leong tidak kekok membersihkan
Pasar Selayang Baru bersama peniaga lain
Pasar awam adalah lokasi tumpuan utama rakyat dan tahap kebersihannya
harus dikekal, bahkan ditingkatkan supaya masyarakat tidak terjejas
dengan pelbagai kekotoran yang boleh membawa pelbagai penyakit
berjangkit.
Justeru, Ahli Parlimen Selayang, William Leong, pada 24 Mac lalu
bersama lebih 80 peniaga Pasar Awam Selayang Baru mengadakan
gotong-royong bersama.
“Pasar merupakan tempat awam untuk setiap penduduk. Oleh itu
kebersihannya sangat penting agar pelbagai masalah kesihatan terutama
jangkitan denggi, dapat diatasi,” katanya.
Gotong-royong yang tamat jam 6 petang itu diakhiri ucapan Leong yang
berterima kasih kepada para sukarelawan kerana menjayakan aktiviti
kemasyarakatan tersebut.
http://www.keadilandaily.com/william-leong-bergotong-royong-di-pasar-awam-selayang/