Thursday, March 24, 2011

William Leong bergotong-royong di Pasar Awam Selayang

 William Leong tidak kekok membersihkan 
Pasar Selayang Baru bersama peniaga lain

Pasar awam adalah lokasi tumpuan utama rakyat dan tahap kebersihannya harus dikekal, bahkan ditingkatkan supaya masyarakat tidak terjejas dengan pelbagai kekotoran yang boleh membawa pelbagai penyakit berjangkit.

Justeru, Ahli Parlimen Selayang, William Leong,  pada 24 Mac lalu bersama lebih 80 peniaga Pasar Awam Selayang Baru mengadakan gotong-royong bersama.

“Pasar merupakan tempat awam untuk setiap penduduk. Oleh itu kebersihannya sangat penting agar pelbagai masalah kesihatan terutama jangkitan denggi, dapat diatasi,” katanya.

Gotong-royong yang tamat jam 6 petang itu diakhiri ucapan Leong yang berterima kasih kepada para sukarelawan kerana menjayakan aktiviti kemasyarakatan tersebut.

http://www.keadilandaily.com/william-leong-bergotong-royong-di-pasar-awam-selayang/

No comments:

Post a Comment