BN Percuma 20 Meter Padu Air
Bina Loji Baru Harga Air Naik 70%
Manifesto
Barisan Nasional (BN) Selangor ciplak dasar Kerajaan Pakatan Rakyat (PAKATAN)
Negeri Selangor, akhirnya menawarkan pemberian air percuma 20 meter padu kepada
seluruh warga Selangor. Tetapi, calon kerusi parlimen Selayang William Leong
Jee Keen menyatakan bahawa, BN tidak berani menyentuh projek Loji Rawatan Air
Sungai Langat 2 yang berkait rapat dengan harga air kelak.
Kerajaan
BN dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd ( Syabas ) menggunakan alasan
bahawa berlakunya kekurangan air pada tahun 2014, berkeras meneruskan projek
Langat 2. Kerajaan PAKATAN Negeri Selangor bantah terhadap projek ini, pihak berkenaan
pula memutuskan bekalan air di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur pada akhir
tahun 2012 hingga awal tahun 2013, cuba memperalatkan isu air dan mengacam
rakyat demi merampas kuasa pemerintahan Selangor.
William
Leong Jee Keen merupakan Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN),
beliau dalam kenyataan akhbar hari ini berkata, Projek Langat 2 bertujuan
merawat air mentah dari negeri Pahang untuk bekalan air di Selangor, Kerajaan
PAKATAN Negeri Selangor tidak meluluskan projek ini sebab bimbang apabila siap
projek Langat 2, rakyat terpaksa menanggung kos projek lebih daripada RM3.9
billion, harga air dijangka meningkat sebanyak 70%.
2 tahun dulu, harga air di Johor
meningkat setelah bekalan air diswastakan, menduduki tempat pertama di
Semenanjung Malaysia. Kalau PAKATAN tidak mendapat kuasa pemerintahan Selangor
selepas pilihan raya tahun
2008, Syabas sudah meningkatkan harga air sebanyak 37%, dan juga 25% pada tahun
2012, menyebabkan harga air Selangor paling tinggi di Semenanjung.
Selama ini, Kerajaan PAKATAN Negeri
Selangor menanggung harga air asas, membolehkan warga Selangor menikmati 20
meter padu air percuma. PAKATAN juga berhasrat melaksanakan skim
penstrukturan semula bekalan air untuk menawarkan bekalan air pada harga terendah ,
elakkan pembinaan logi baru yang akan bebankan rakyat.
Sekarang ,
BN Selangor ciplak dasar PAKATAN, seolah-olah hendak memberi lebih manfaat
kepada warga Selangor. Namun, mereka tidak membangkitkan isu Langat 2 yang akan
mempengaruhi harga air, berniat menipu pengundi Selangor.
Pada awal
tahun ini semasa berlakunya insiden putus air di banyak kawasan Selangor,
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin menegaskan, tidak kira Kerajaan
PAKATAN Negeri Selangor setuju atau tidak, projek Langat 2 akan dimulakan dalam
satu dua bulan ini supaya dapat menyelesaikan masalah kekurangan air di kawasan
Selangor dan Kuala Lumpur.
Walaupun
Kerajaan PAKATAN Negeri Selangor membantah,
Kerajaan Pusat BN tetap melalui
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah membuka tender. Menurut
ucapan Menteri Kementerian tersebut pada March, keputusan tender akan diumumkan
pada April ini.
Saudara langsung tidak menyatakan fakta-fakta teknikal dan saintifik yang menyokong kenyataan saudara, ia hanyalah retorik politik sahaja.
ReplyDeleteSaya minta sdr berani siarkan komen saya ini bahawa parti sdr menyokong kebebasan dan keadilan bersuara.
Saya menulis atas kapasiti seorang teknikal dan memberikan fakta-fakta berdasarkan kejuruteraan awam dan hidrologi tentang masalah perbekalan air di Lembah Kelang dan projek Langat 2.
http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/05/memahami-sistem-perbekalan-air-di.html