Tuesday, June 11, 2013

PRESS STATEMENT :DEADLY ATTACKS INVOLVING MYANMAR NATIONALS



RE: DEADLY ATTACKS INVOLVING MYANMAR NATIONALS
1                     I refer to the articles in Star publications of Thursday 6th June 2013 in relation to the action taken by the police to prevent further clashes amongst feuding factions that have resulted in at least 4 deaths and many others injured some of them critically.
2                     I wish to congratulate the police for taking prompt actions to avert further deaths and injury in having picked up more than 1,000 Myanmar nationals. The newspaper reports stressed that those picked up were not under arrest.
3                     I have been asked by the representatives of the victims to clarify that the attacks are not caused by two armed and organized groups as the police and the newspaper articles appear to suggest. The victims are not part of any group. They were attacked without any just cause or reason.
4                     I have been requested by the families and representatives of the victims to call on the police to investigate and charge those responsible for murder because those who attacked the victims were armed and used their weapons with the intention of killing the victims.
5                     I call on the police and the authorities to take immediate action because the laws of Malaysia apply to all who are in the country including foreigners who are here temporarily or otherwise. Those who commit offences must be punished accordingly to the laws.
6                     I urge immediate action to be taken to apprehend the murderers because their attacks have caused alarm and fear to everyone in case Malaysians or others are attacked because of mistaken identity.

William Leong Jee Keen
Member of Parliament for Selayang
10th June 2013      

Sunday, April 21, 2013

国阵免费水首20立方米 建新滤水站 水费涨70%



梁自坚文告

国阵免费水首20立方米
建新滤水站  水费涨70%
雪兰莪国阵竞选宣言抄袭雪州民联政府政策,特别是首20立方米的免费水。不过,雪州士拉央国席候选人梁自坚指出,国阵却没有提及与水费息息相关的第二冷岳河滤水站计划。

国阵政府与巫统领袖掌权的雪州水供公司(Syabas)以雪隆将在2014年面对水荒为由,执意建造第二冷岳河滤水站。雪州民联政府一直反对这项工程,当局就在2012年杪至2013年初在雪隆各地区频频制水,意图以水威胁人民,夺取雪州政权。

梁自坚也是公正党总财政,他今日发表文告表示,这项滤水站计划处理从彭亨引进的生水,遭到股东之一的雪州政府拒绝批准,这是因为担心滤水站一旦获建,人民将会被迫为这项耗资39亿4000万令吉(初步估计)的工程买单,水费预计将调整高达70%

两年前,柔佛的水费就在私营化后调涨高达60%,冠居西马。若不是308后民联执政,雪州水供公司已调涨水费37%2012年再曾25%,让雪州居冠。
雪州民联政府执政以来承担基本水价,让雪州子民享有首20立方米的免费水,并坚持重组水供公司,是为了要继续以最低的价格提供食水,并避免新滤水站建成后,人民须承担高涨的水费。

现在,雪州国阵明显抄袭民联政策,外表上是为雪州子民提供更加优惠的政策,却对水费有着长远影响的第二冷岳河过滤水站绝口不提,企图蒙骗雪州选民。

今年初正逢雪隆一带闹断水时,原任副首相丹斯里慕尤丁宣布,不管雪州民联政府是否批准,第二冷岳河滤水站计划将在未来一两个月内正式动工,以解决雪隆地区水源供不应求的问题。

目前,国阵联邦政府在不理会雪州民联政府的反对下,已通过能源、绿色工艺及水务部为冷岳河第二滤水站工程招标。根据该部部长长拿督斯里陈华贵3月初的谈话,招标成绩将在4月公布。




BN Percuma 20 Meter Padu Air Bina Loji Baru Harga Air Naik 70%


BN Percuma 20 Meter Padu Air
Bina Loji Baru  Harga Air Naik 70%

Manifesto Barisan Nasional (BN) Selangor ciplak dasar Kerajaan Pakatan Rakyat (PAKATAN) Negeri Selangor, akhirnya menawarkan pemberian air percuma 20 meter padu kepada seluruh warga Selangor. Tetapi, calon kerusi parlimen Selayang William Leong Jee Keen menyatakan bahawa, BN tidak berani menyentuh projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 yang berkait rapat dengan harga air kelak.

Kerajaan BN dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd ( Syabas ) menggunakan alasan bahawa berlakunya kekurangan air pada tahun 2014, berkeras meneruskan projek Langat 2. Kerajaan PAKATAN Negeri Selangor bantah terhadap projek ini, pihak berkenaan pula memutuskan bekalan air di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur pada akhir tahun 2012 hingga awal tahun 2013, cuba memperalatkan isu air dan mengacam rakyat demi merampas kuasa pemerintahan Selangor.

William Leong Jee Keen merupakan Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), beliau dalam kenyataan akhbar hari ini berkata, Projek Langat 2 bertujuan merawat air mentah dari negeri Pahang untuk bekalan air di Selangor, Kerajaan PAKATAN Negeri Selangor tidak meluluskan projek ini sebab bimbang apabila siap projek Langat 2, rakyat terpaksa menanggung kos projek lebih daripada RM3.9 billion, harga air dijangka meningkat sebanyak 70%.

2 tahun dulu, harga air di Johor meningkat setelah bekalan air diswastakan, menduduki tempat pertama di Semenanjung Malaysia. Kalau PAKATAN tidak mendapat kuasa pemerintahan Selangor selepas pilihan raya tahun 2008, Syabas sudah meningkatkan harga air sebanyak 37%, dan juga 25% pada tahun 2012, menyebabkan harga air Selangor paling tinggi di Semenanjung.

Selama ini, Kerajaan PAKATAN Negeri Selangor menanggung harga air asas, membolehkan warga Selangor menikmati 20 meter padu air percuma. PAKATAN juga berhasrat melaksanakan skim penstrukturan semula bekalan air untuk menawarkan bekalan air pada harga terendah , elakkan pembinaan logi baru yang akan bebankan rakyat.

Sekarang , BN Selangor ciplak dasar PAKATAN, seolah-olah hendak memberi lebih manfaat kepada warga Selangor. Namun, mereka tidak membangkitkan isu Langat 2 yang akan mempengaruhi harga air, berniat menipu pengundi Selangor.
Pada awal tahun ini semasa berlakunya insiden putus air di banyak kawasan Selangor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin menegaskan, tidak kira Kerajaan PAKATAN Negeri Selangor setuju atau tidak, projek Langat 2 akan dimulakan dalam satu dua bulan ini supaya dapat menyelesaikan masalah kekurangan air di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur.

Walaupun Kerajaan PAKATAN Negeri Selangor membantah,  Kerajaan Pusat BN  tetap melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah membuka tender. Menurut ucapan Menteri Kementerian tersebut pada March, keputusan tender akan diumumkan pada April ini.


Friday, April 12, 2013

大选检票员和算票员培训

大选检票员和算票员培训

地点:Dewan Selayang Utama - Selayang Mall 对面
日期:4月14日 (星期天)
时间:晚上7时30分

预知详情请联络 伟杰 0166221908

Tuesday, April 9, 2013

William Leong: Najib Penyalahgunaan Kuasa Wang Rakyat Boros bagi Membiayai Kos Pengiklanan Dan Pemasaran


Kenyataan Media oleh William Leong Jee Keen

Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), William Leong Jee Keen mengkritik Barisan Nasional (BN) mengambil kesempatan ketika memegang kuasa pentadbiran. Ini berikutan berlakunya penyalahgunaan kuasa wang rakyat boros bagi membiayai kos pengiklanan dan pemasaran. Tindakan BN ini adalah hanya untuk menutup ketidakcekapan pengurusan wang rakyat dan peyelewengan yang berlaku sepanjang 50 tahun mentadbir negara. Melalui pembiayaan pengiklanan ini, BN telah memasarkan kepada rakyat Malaysia perasaan kemakmuran walaupun realitinya Malaysia sebenarnya menghadapi cabaran yang genting, terutamanya dalam keselamatan negara sepertimanya yang berlaku baru-baru ini.

Menurut laporan Maybank[1] bertarikh 19 Mac 2013, ianya dilaporkan bahawa Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah membelanjakan sebanyak RM36.1 juta ke dalam media arus perdana, terutamanya kempen pengiklanan di stesen radio dan televisyen. Di samping itu, BN juga telah membelanjakan sejumlah RM4.9 juta dalam publisiti media.

Menurut satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini oleh William Leong Jee Keen, pada bulan Februari sebelum Tahun Baru Cina, Datuk Seri Najib Tun Razak memakai pakaian Cina yang berwarna merah sebagai pelakon di dalam iklan Tahun Baru Cina. Iklan tersebut turut disiarkan dalam siaran televisyen, Youtube, serta dalam laman sesawang surat khabar. Setiap kali pengguna membuka laman web yang berkenaan, iklan tersebut akan muncul atau ‘Pop Up’ di skrin komputer si pengguna. Di samping itu, setiap radio stesen mengutarakan iklan Najib berdialog bersama anaknya secara berterusan. Pengiklanan sebegitu adalah iklan yang berbentuk ‘spam’ yang memberikan kekacauan kepada si pengguna.

Sambung William Leong Jee Keen, sementara rakyat dihujani dengan pengiklanan seperti itu secara berterusan, pada masa yang sama, wang rakyat disalurkan ke dalam poket syarikat-syarikat telekomunikasi dan media dengan senyap tanpa diperasan oleh rakyat.

William Leong Jee Keen ialah calon kerusi Parlimen Selayang bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Menurut beliau, parti politik di luar negara juga membelanjakan wang untuk pengiklanan sewaktu kempen pilihan raya untuk mempromosikan calon-calon dan falsafah politik serta propaganda politik kepada penonton yang lebih luas. Dalam usahanya menghadapi PRU 13, Najib telah membelanjakan sebanyak RM36.1 juta wang rakyat sebelum kempen pilihan raya dimulakan dan ini hanyalah untuk membentuk imej positif beliau. Di samping itu, ianya juga mencerminkan Najib sebagai seorang yang kelahiran dalam sebuah keluarga bangsawan gagal untuk memahami perbezaan di antara kepentingan awam dan kepentingan persendirian.

"Najib bukan sahaja Perdana Menteri negara ini, beliau juga merangkap Menteri Kewangan Malaysia. Kegagalan untuk beliau menggunakan wang rakyat secara bernas, iaitu menggunakannya untuk kepentingan awam dan bukannya kepentingan peribadi beliau sahaja, maka, beliau gagal sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan." William berkata.

Di samping itu, sebelum kempen PRU-13 dimulakan, BN telahpun membelanjakan sebanyak RM4.9 juta pada Februari 2013 bagi tujuan menyebarkan propaganda melalui media. Lantas, kita boleh melihat di bawah hegemoni BN, Pakatan Rakyat (PAKATAN) tidak diberikan sebarang peluang untuk muncul dalam media arus perdana seperti televisyen atau radio seperti TV3 dan RTM tanpa sekatan atau syarat-syarat. ini menunjukkan kerajaan BN masih menyokong sistem pilihan raya yang tidak adil.

William Leong Jee Keen percaya bahawa sejak kerajaan Najib menggalakkan transformasi negara, ianya juga haruslah melibatkan transformasi pilihan raya. Ini boleh dilakukan dengan merujuk contoh negara lain bagi hadkan perbelanjaan kempen Pilihan Raya bagi mengelakkan pembaziran sumber yang berlebihan serta membawa kesan kepada ekonomi negara ini. Lantas, ianya juga boleh mengelakkan pilihan raya menjadi medan pertempuran wang.

Akhirnya, William Leong Jee Keen menggesa para pengundi menolak Najib yang merupakan anak daripada keluarga bangsawan dan menyokong sepenuh kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim yang berasal dari kalangan keluarga rakyat biasa. William Leong Jee Keen yakin bahawa hanya di bawah kepimpinan Anwar, sumber-sumber negara ini akan diagihkan secara adil, tepat dan seksama, di mana ianya akan memanfaatkan rakyat dan bukannya mengagungkan diri dalam kempen politik media.