Tuesday, June 22, 2010

PERUBAHAN MELALUI KEBENARAN PEMBAHASAN RANCANGAN MALAYSIA KE-10

Dato Yang Di-Pertua,


Dengan izin saya mengucapkan terima kasih diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam pembahasan Rancangan Malaysia Ke-10 ini.



Keperluan Kritikal: Perubahan Struktur Ekonomi


Saya sungguh tertarik membaca Rancangan Malaysia Ke-10 terutamanya cadangan bagi negara kita mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Mukasurat 2 Buku Rancangan Malaysia Ke-10, menyatakan aspirasi tidak akan tercapai tanpa transformasi ekonomi yang menyeluruh. Jika transformasi tersebut tidak dilaksanakan, Malaysia bakal ketinggalan memandangkan negara membangun yang lain berkembang pantas dan kian merapatkan jurang kemajuan. Kerajaan bercadang melaksanakan perubahan struktur ekonomi melalui Program Transformasi Kerajaan dan Model Ekonomi Baru (”MEB”).


Kami di sebelah Dewan sini sebelum PRU 12 telah memaklumkan bahawa negara kita telah hilang daya saing. Negara perlu Reformasi. Pakatan Rakyat telah mencadangkan Agenda Ekonomi Baru. Tindakan Afirmatif hendak mengikut keperluan dan bukan kaum.


Pada masa ini, Kerajaan Barisan Nasional dibawah pempipinan Yang Berhormat Perdana Menteri bercadang membuat perubahan dengan program Transformasi dan Model Ekonomi Baru. Samadanya dipanggil Reformasi melalui Agenda Ekonomi Baru oleh Pakatan Rakyat atau Transformasi melalui Model Ekonomi Baru, kita kedua-dua belah di Dewan Mulia terdapat titik persamaan bahawa Malaysia perlu melakukan perubahan struktur yang kritikal. Perbezaan ialah dalam keazaman politik.


Pakatan Rakyat percaya perubahan dapat dicapai dengan adanya keberanian dan keyakinan. Keberanian berubah berasas dari kebenaran. Keyakinan berubah berasas dari kepercayaan dalam semangat rakyat untuk perubahan. Pada 19 Disember 2009, di Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama, 1,500 ahli dari PAS, DAP dan Keadilan telah mengisytiharkan perjuangan Pakatan Rakyat untuk membuat perubahan besar-perubahan asas, dengan izinnya, “big change-fundamental change”. Kita, Pakatan Rakyat yakin melaksanakan perubahan kerana kami percaya “keberanian berasaskan kebenaran” dengan izinnya, “the courage of truth” disandarkan oleh “keyakinan dalam semangat rakyat untuk berubah” dengan izinnya, “Faith in the spirit of the people for change”. Kita pasti rakyat mahu perubahan dan kita akan berjuang untuk perubahan sampai berjaya.


Berbezaan antara BN dan PR ialah keazaman politik. Saya melihat Kerajaan tidak cukup keazaman politik untuk melaksanakan perubahan melalui MEB. MEB akan menjadi seolah-olahnya Dasar Ekonomi Baru (”DEB”) dibawah nama baru dan tidak ada perubahan sebenara akan dicapai. Kerajaan telah menunjukan bahawa kerajaan kekurangan keazaman politik. Kerajaan telah menunjukan Kerajaan tidak ada cukup keberanian untuk melakukan perubahan. Ini jelas dilihat bila Kerajaan dicabar oleh golongan tertentu.


Perkasa, ahli UMNO dan kumpulan yang menganggil ”Bangkit Melayu” membantah NEM dan perubahan. Mereka menyatakan bahawa ramai Melayu masih miskin dan terbelakang dari segi ekonomi. Kalau tindakan afirmatif dibawah DEB dihapuskan, mereka takut Melayu akan rugi. Mereka menyeru perhimpunan ”Peristiwa Mei 13” untuk mengingatkan rakyat Malaysia tentang rusuhan perkauman jika hak-hak orang Melayu tidak dihormati.


Dengan tekanan seperti ini, Yang Berhormat Menteri dalam Pejabat Perdana Menteri di Unit Perancang Ekonomi dan pegawai kerajaan menolak Majlis Penasihat Ekonomi Negara (”MPEN”) sebagai badan kerajaan dan menyangkal MEB sebagai usul kerajaan.Pada Mei 31, 2010, Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri, juga telah membuat pengisytiharan di Kongress Ekonomi Bumiputra bahawa beliau tidak akan mengkhianati prinsip-prinsip DEB.


Kita di PR tidak akan teragu-ragu membuat perubahan. Ini adalah sebab 1,500 ahli dari DAP, PAS dan Keadilan didalam Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama telah memberikan sokongan penuh untuk Agenda Ekonomi Baru. Rakyat telah memberikan sokongan penuh kepada PR untuk membuat perubahan yang diperlukan. Bila kita mebanding dengan BN, sehingga hari ini UMNO atau parti parti komponent tidak ada konvensyen oleh ahli ahli mereka memberikan sokongan penuh kepada MEB. Sebaliknya saya melihat bukan sahaja ahli UMNO tetapi juga Menteri hadir diforum-forum yang membantah MEB. Ini sudah menjadi jelas bahawa MEB tidak ada kesokongan penuh oleh semua menteri dalam jemaah menteri.


Jika Kerajaan bersungguh-sunguh ada niat untuk membuat perubahan, saya meminta Kerajaan mempamirkan keazaman dan keberaniannya untuk melakukan perubahan seperti yang dicadangkan dalam NEM dan melaksanakan perubahan struktur ekonomi dengan memberikan penjelasan dan pengakuan terhadap perkara berikut.



Perkara Pertama: Menubuhkan Tribunal Kebenaran dan Rekonsiliasi Peristiwa Mei 13


Kerapkali supremasi UMNO diancam atau isu kekurangan hak asasi manusia dibahas, momok ”Peristiwa Mei 13” dibangkitkan.Negara kita telah terperangkap dalam kancah politik perkauman selama 40 tahun. Negara kita telah sampai kepersimpangan yang kritikal. Rakyat kita perlu membuat keputusan samaada mengikut jalan lama dengan DEB dan politik perkauman atau mengambil jalan baru dengan melaksanakan perubahan. Untuk membolehkan rakyat dapat mencapai konsensus tentang halatuju, Kerajaan perlu menubuhkan satu Tribunal Kebenaran dan Rekonsiliasi Peristiwa Mei 13.


Tribunal ini perlu untuk membantu negara kita membina satu masa depan yang cerah daripada sejarah Peristiwa Mei 13 yang suram dan rumit. Negara kita perlu mebina masa depan dan harapan baru atas batu asas sejarah yang disandarkan oleh fakta benar yang berkukuh dan bukan atas rangkaian syak wasangka dan pembohongan.


Adakah Peristiwa Mei 13 merupakan satu komplot orang Melayu kelas kapitalis menggulingkan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri atau adakah peristiwa yang tragik ini belaku disebabkan oleh masalah perkauman.Tunku Abdul Rahman telah menyatakan dalam buku "K. Das and the Tunku Tapes" bahawa insiden adalah komplot untuk menggulingkan beliau. Beliau menyatakan berikut:

“You know Harun was one of those-Harun, Mahathir, Ghazali Shafie-who were all working with Razak to oust me, to take over my place…”


Pada tahun 1997, Subki Latiff, seorang wartawan menulis:

“The May 13 Incident did not occur spontaneously. It was planned quickly and purposely. The identity of the planners of the incident cannot be stated with accuracy. But whatever it was that happened, the May 13 Incident was a form of coup d’etat directed against Tunku Abdul Rahman. The Tunku’s power in fact ended from then onwards. Although he continued to be Prime Minister and President of UMNO, he was no more than a figurehead.”

(Dr Kua Kia Soong “May 13 Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969)


Baru-baru ini, Tan Sri Abdullah Ahmad, bekas setiausaha politik Tun Razak, sebelum,semasa dan selepas Peristiwa Mei 13 telah menulis sebuah artikel tentangkejadian itu.Beliau menyatakan bahawa insiden tragik dan ganas itu tidak perlu terjadi sekiranyapesanan Tun Razak kepada Dato’ Harun Idris, Menteri Besar Selangor diterima 30 minit lebih awal atau jika Tan Sri David Tan Chee Khoon dan Tun Lim Chong Eu memaklumkan Tun Razak 30 minit lebih awal bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan DAP untuk membentuk kerajaan negeri Selangor atau bekerjasama di Perak dan di tempat lain. Tan Sri Abdullah mengatakan beliau berada di samping Tun Razak ketika beliau mengambil panggilan-panggilan tersebut. Beliau jelas mengingati tentang apa yang dikatakan oleh Tun Razak kepada Dato’ Harun:

“…the good news is you will continue to run Selangor. Chee Khoon and Chong Eu have just spoken to me and they want the status preserved. So tell the people gathering at your house to disperse.”

Dato’ Harun mengucapkan terima kasih kepada Tun Razak dan meminta beliau menyampaikan rasa terhutang budi dan amat berterima kasih kepada dua ahli politik terhormat. Lebih kurang lima hingga sepuluh minit selepas itu, Dato’ Harun menelefon Tun Razak untuk memaklumkan bahawa ia sudah terlambat. Pada masa beliau mengarahkan mereka untuk bersurai, berita telah diterima rusuhan telah bermula di kawasan Chow Kit dan berhampirannya.


Dasar Ekonomi Baru dibentukan selepas Peristiwa 13 Mei atas alasan resmi kaum Melayu merasa dibelakangkan oleh kaum Cina. Daripada petikan dan pengalaman peribadi yang disebut diatas, terdapat alasan yang mencukupi untuk sebuah Tribunal Kebenaran dan Rekonsialisi ditubuhkan demi memastikan apakah kejadian sebenar adalah untuk menguling Tunku, untuk Dato’ Harun Idris merebut jawatan sebagai Ketua Menteri atau kerana ketidakharmonian perkauman. Tribunal Kebenaran dan Rekonsiliasi sungguh penting untul memberikan satu ketamatan dengan izin “closure” kepada rakyat dan mengadakan pembaruan “a renewal” untuk Negara kita.



Perkara Kedua ialah Perakuan DEB hanya bermanfaat segelintir terpilih


Perkara yang kedua, Kerajaan perlu membuat untuk membuktikan Keazaman melaksanakan perubahan, ialah mengakui DEB tidak memberi manfaat kepada semua orang Melayu. DEB hanya memberi manfaat kepada golongan kecil yang terpilih.


Hujah yang selalu digunakan untuk mempertahankan DEB adalah dasar ini akan membasimikan kemiskinan orang Melayu. Akan tetapi perlaksanaan DEB terpesong. DEB telah disalahgunakan. DEB digunakan untuk memberi manfaat besar hanya kepada satu golongan terpilih. Selain daripada golongan kecil ini, orang Melayu biasa masih miskin atau berpendapatan rendah.


Selepas 40 tahun DEB dilaksanakan, kebanyakan Melayu masih adalah golongan pendatpatan terendah 40%. Berdasarkan Statistik Kerajaan (a) 62% dari orang Melayu memperolehi RM3,000.00 atau kurang. Mereka adalah petani penoreh getah, nelayan, pekerja kilang dan peniaga kecil; (b)34% keluarga Melayu memperolehi antara RM3,000.00 dan RM10,000.00. Mereka adalah pekerja kerajaan, pegawai di syarikat yang berkaitan dengan kerajaan, kontraktor dan peniaga; (c ) 2.8% keluarga Melayu memperolehi antara RM10,000.00 dan RM20,000.00. Mereka adalah eksekutif kanan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kontraktor besar dan profesional; (d )Hanya 0.5% dari keluarga Melayu berpendapatan lebih daripada RM20,000.00.


Yang Berhornat Perdana Menteri pada 10 Jun 2010 (Khamis) dalam jawapan kepada pertanyaan parliament saya, telah menyatakan bahawa Kerajaan sedar 80% daripada golongan luar Bandar berpendapatan 40% terendah adalah terdiri daripada bumiputra. Dalam Bandar 53% adalah dari kaum Melayu.


Mengikut Yang Berhormat Perdana Menteri, banyak factor yang menyebabkan Bumiputera masih merupakan sebahagian besar daripada kalangan isi rumah 40% terendah. Ini antara lainnya disebabkan oleh kekurangan dari segi kapasiti dan keupayaan untuk merebut peluang ekonomi, tidak mempunyai sumber modal, mempunyai tahap pendidikan dan kemahiran yang rendah, tinggal di luar Bandar atau kawasan pendalaman dan terlibat dalam aktiviti yang berproduktiviti rendah.


Peluang ekonomi yang dijana oleh DEB direbut oleh golongan terpilih. Mereka juga tidak ada modal tetapi Bank Bumiputra, Bank Rakyat, UMBC dan lain lain Bank memberikan pinjaman kepada mereka. 54 Billion Ringgit saham yang diperuntukkan untuk Bumiputra telah diberi. Hanya 2 Billion masih dimiliki oleh Bumiputra. Siapa yang menerima saham ini. Bukan semua orang Melayu atau Bumiputra menerima saham ini. AP, lesen, kontrak penswastaan dan kontrak lumayan telah dibeikan kepada golongan terpilih.Kerajaan harus menjawab bagaimana saham Bumiputera yang diperuntukkan di bawah DEB telah diagihkan dan dibahagikan kepada siapa. Bukan semua orang Melayu/Bumiputra menerima saham tersebut.


Kerajaan harus memberikan alasan kepada golongan 80% Bumiputra berpendapatan terendah dan pemimjam-pemimjam PTPTN mengapa golongan terpilih ini diberikan bantuan kewangan dan diselamatkan bila ada masalah tetapi mereka hendak membayar faedah untuk pinjaman, disenaraikanhitam bila membayar dan menjadi muflis bila gagal. Mereka juga Bumiputra mengapa layanan berlainan. Mengapa mereka tidak dapat manfaat DEB seperti yang dinikmati oleh golongan terpilih ini.


Tun Dr Mahathir telah memberikan alasan pada tahun 1998 di dalam"The Way Forward" London: Weidenfeld & Nicolson) bahawa:

“The NEP, it must be iterated, was not concerned in making all the bumiputras earned equally or share equally the wealth distributed amongst them. … the intention of the NEP was to create in the bumiputra community the same division of labour and rewards as was found in the non-bumiputra communities, particular, the Chinese. … the equitableness was not to be between individuals but between communities.”


Yang Berhormat Gua Musang dalam ucapannya pelancaran edisi kedua buku mendiang James Puthucheary's "No Cowardly Past" pada 22 Januari2010 merujuk kepada konsep mencipta sebuah kumpulan kapitalis dari beberapa Bumiputra. Beliau menyatakan bahawa DEB telah dicipta dengan niat menyatupadukan masyarakat. DEB tidak ada syarat yang merujuk kepada mempentingkan mana-mana satu kaum yang spesifik. Ia telah direkasemula sebagai satu batu loncatan untuk agenda Melayu dan pada masa yang sama menegaskan ketuanan Melayu dan mengekalkan mitos orang Melayu yang berdependan kepada tindakkan afirmatif untuk selamalamanya. Dalam pelaksanaannya, ia telah menjadi sebuah projek untuk memperkaya segelintir kapitalis-kapitalis Melayu yang terpilih.


Hari ini, saya meminta mereka yang menentang perubahan struktural untuk berfikir semula. Kami berada dalam krisis mendasar dalam isu politik dan ekonomi. Kita telah sampai pada penghujung jalan dalam menggunakan cara lama untuk menguruskan hal. Kerajaan harus mempunyai keberanian untuk mengakui bahawa DEB bukan untuk semua orang Melayu dan telah menguntungkan hanya segelintir golongan. Kerajaan harus ada keberanian untuk mengakui bahawa suatu dasar tergantong kepada retorik perkauman tidak boleh

berjaya.



Kesimpulan:


Hanya dengan adanya pengakuan dan penjelasan dari Kerajaan bolehlah Negara Bermaju. Keraajaan hendak keberanian untuk mengaku bahawa DEB telah gagal memberi manfaat kepada negara pada umumnya dan kaum Melayu khusunya. Retorik emosional perkauman tidak sepatutnya digunakan untuk mengekalkan DEB yang teleh gagal.


Tujuan Tribunal Kebenaran dan Penyelarasan (Perdamaian) adalah penting untuk menggalakkan legitimasi kebangsaan dan perdamaian dengan mendedahkan kebenaran Insiden. Kita harus ada penutupan bagi Peristiwa Mei 13. Hal ini telah menghantui negara selama 40 tahun. Kita belum sembuh sepenuhnya kerana suasana ketakutan dimainkan oleh unsur-unsur tertentu. Rasa ketakutan ini telah dibina di dalam system politik kita sehingga menjadi sebahagian daripada jiwa rakyat. Ketakutan ini timbul sebab rakyat tidak ada pengetahuan tentang peristiwa yang sebenar. Kita harus mengusir hantu Peristiwa Mei 13 ini. Selagi kebenaran itu

tersembunyi dan perasaaan ketakutan dan syak wasangka meneruskan dan berlanjutan, kita tidak akan matang dan maju sebagai satu masyarakat dan sebagai satu negara.


Sekian terima kasih.

William Leong Jee Keen

Ahli Parliament Selayang

21 Jun 2010.


No comments:

Post a Comment