SELAYANG UTAMA – Seorang ahli politik dikenal pasti telah menyelewengkan penjualan tanah rizab kepada sebahagian besar daripada 33 peniaga menghuni premis perniagaan di deretan kedai Lot PT 2520, Batu 16, Rawang.
Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen (gambar) yang mendedahkan demikian berkata, daripada hasil siasatan pihaknya, ahli politik berkenaan didakwa menjual tanah terbabit kepada peniaga di situ dengan perjanjian kononnya pada akhirnya mereka nanti akan mendapat geran.
Menurutnya, sedangkan perkara tersebut agak mustahil berlaku berikutan sebahagian tanah berkenaan dikenal pasti sebagai rizab sungai itu kini terlibat dalam kerja-kerja pelebaran Jalan Kuala Lumpur-Rawang berdekatan.
“Peniaga yang percaya tanah tersebut boleh dibeli termakan dengan kata-kata ahli politik berkenaan, biarpun tahu tanah tersebut hanya mempunyai Sijil Menduduki Sementara (TOL).
“Pada sekitar tahun 2000 TOL tersebut sudah dibatalkan. Sekarang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sendiri telah mengambil semula tanah berkenaan untuk pelebaran dan pengalihan sungai untuk mengelakkan banjir di situ,” kata William kepada Sinar Harian dalam satu majlis, di sini, semalam
Beliau berkata demikian ketika mengulas isu premis diduduki 33 peniaga di Lot PT 2520 bakal dirobohkan untuk pembangunan termasuk mendirikan sebuah pasar raya besar di situ.
22 April 2009
No comments:
Post a Comment