Monday, October 8, 2012

Perdana Menteri! Sila Selesaikan Isu Utama Rakyat Di Parlimen Selayang.


Dengan kedatangan Perdana Menteri Malaysia- YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak di kawasan Parlimen Selayang, saya William Leong Jee Keen sebagai Ahli Parlimen kawasan tersebut meminta YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak untuk menyelesaikan 4 masalah utama di kawasan Parlimen Selayang.

Walaupun bekas Ahli Parlimen Selayang merupakan Menteri di kabinet kerajaan persekutuan Barisan Nasional tetapi masalah-masalah yang ditunggak lama masih tidak diselesaikan, oleh itu  saya menyeru bahawa YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak dapat menyelesaikan masalah-masalah yang seperti berikut.

1)      Masalah Keselamatan –Beberapa tempat di kawasan Parlimen Selayang seperti Selayang Baru, Selayang Jaya, Taman Daya, Pekan Rawang, Bandar Country Homes merupakan kawasan yang sentiasa berlaku kes merompak dan mencuri,. Saya diberitahu dan difahami bahawa masalah ini berlaku secara berkerap-kali disebabkan oleh IPD Gombak mengalami kekurangan anggota-anggota polis dan kemudahan untuk mencegahkan jenayah. Kerajaan Persekutuan perlu memberikan lebih peruntukan kepada IPD Gombak untuk pertambahan sumber supaya mengekalkan ketenteraman kawasan tersebut.

2)      Masalah Pendatang Asing – Saya telah meminta beberapa kali Majlis Perbandaran Selayang dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melaksanakan operasi bersama-sama untuk menghalang pendatang asing haram berniaga di Pasar Borong Selayang. Tetapi masalah ini tidak dapat diselesaikan dan isu ini telah menyebabkan masalah keselamatan dan masalah persaingan dengan perniaga tempatan .  Sejak Perjanjian Berkaitan Pelarian dan Pemohon Suaka dengan Kerajaan Australia telah ditandatangani oleh kerajaan Malaysia, saya menyeru YAB Perdana Menteri dapat menyelesaikan masalah itu.

3)      Masalah Jalan Susur Masuk LATAR Lebuhraya dari Kundang– Penduduk di kawasan Kundang, Bandar Tasik Puteri dan Kuang berharap LATAR Lebuhraya dapat merangsangkan aktiviti perdagangan dan memendekan masa atas perjalanan ke Kuala Lumpur, tetapi LATAR Lebuhraya mempunyai hanya jalan susur keluar ke Kundang dan tiada jalan susur masuk ke LATAR Lebuhraya dari Kundang.

4)      Masalah projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) di Rawang –Bekas Perdana Menteri tidak pernah melawat ke tempat tersebut selepas isu ini berlaku pada tahun 2005. Isu ini telah mendatangkan rasa risau dan tidak puas hati kepada penduduk-penduduk di kawasan Parlimen Selayang sampai sekarang.

Akhirnya, saya menyeru Perdana Menteri Malaysia- YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak dapat mencepatkan proses untuk menyelesaikan masalah yang menjejaskan kehidupan rakyat dan bukan melawat Parlimen Selayang dengan tangan kosong.

William Leong Jee Keen
-Ahli Parlimen Selayang
-Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat

No comments:

Post a Comment