Tuesday, January 5, 2010

Exco Selangor Iskandar Abdul Samad: Bukit Botak - 363 Akan Hilang Hak Jika Tanah Tidak Diambil Alih

363 bekas peneroka bandar Bukit Botak akan dinafikan hak jika Kerajaan Negeri Selangor tidak melakukan pengambilan tanah.
Kerajaan Barisan Nasional yang lepas telah memberi tanah kepada 1,367 peneroka bandar Bukit Botak sebagai sebahagian dari program menyelesaikan masalah setinggan di kawasan tersebut.

“257 PENEROKA DIBERIKAN TANAH YANG TIDAK DAPAT DIBANGUNKAN”
Walau bagaimanapun, 257 peneroka telah mendapati tanah mereka tidak dapat dibangunkan kerana terletak di kawasan cerun, di bawah talian TNB, di dalam rizab sekolah atau rizab-rizab yang lain.

“106 PENEROKA TERSINGKIR”
Selain dari itu, Jawatankuasa Pemutihan Bukit Botak yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri sekarang telah mendapati seramai 106 peneroka yang sepatutnya layak mendapat hak tetapi telah tersingkir. Jawatankuasa tersebut telah mendapati ada di antara mereka yang berada di dalam senarai bancian asal tetapi mereka telah tidak mendapat sebarang tawaran dari kerajaan negeri ketika itu.

“AKAN DIBANGUNKAN DENGAN PEMBANGUNAN YANG AKAN DAPAT MENEMPATKAN SEMUA YANG LAYAK”
Kerajaan bukan hendak mengambil tanah rakyat sesuka hati tetapi ianya perlu dilakukan untuk memastikan tidak ada peneroka yang dizalimi. Kawasan Bukit Botak akan dibangunkan dengan pembangunan yang akan dapat menempatkan kesemua yang layak. Bekas peneroka yang tanah mereka diambil alih tidak perlu bimbang.

“BERPELUANG MEMBELI HARTANAH DENGAN NILAI YANG LEBIH TINGGI DI BAWAH HARGA PASARAN”
Menurut perjanjian dengan pemaju swasta sebelum ini, peneroka akan berpeluang membeli rumah berkembar tetapi kerajaan negeri sekarang akan memastikan mereka berpeluang membeli hartanah yang mempunyai nilai yang lebih tinggi tetapi di bawah harga pasaran.

“PAMPASAN AKAN DIBAYAR DAN BERPELUANG MEMILIKI KEDIAMAN YANG LEBIH LUAS”
Kerajaan akan membayar pampasan untuk tanah yang diambil alih dan pemilik tanah juga akan berpeluang memiliki kediaman yang lebih luas dari yang dijanjikan sebelum ini dengan harga potongan.

“SELAMA 20 TAHUN BARISAN NASIONAL GAGAL SELESAIKAN MASALAH”
Saya hairan kenapa pemimpin Barisan Nasional dengan tiba-tiba mengambil berat akan kebajikan bekas peneroka bandar Bukit Botak kerana selama 20 tahun mereka telah gagal menyelesaikan masalah tersebut.
Kerajaan Barisan Nasional yang lepas juga bertanggung jawab di atas kesulitan penduduk kerana mereka yang membuat kesilapan memberi tanah yang tidak boleh dibangunkan kepada 257 peneroka.
Mereka juga telah gagal memberikan hak kepada semua bekas peneroka kerana terdapat ramai yang tercicir dan tidak mendapat apa-apa tawaran.

Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan
Negeri Selangor
5 Januari 2010

2 comments:

  1. Kepada YB William Leong, saya sarankan untuk tidak lagi menyokong JPPSSBB jawatankuasa yang diwujudkan oleh kerajaan BN yang lalu kerana j/kuasa tersebut(JPPSSBB) telah banyak menipu penduduk sejak tahun 1995 lagi. Sebalikinya YB William selaku ahli parlimen PKR /Pakatan Rakyat, sewajarnya menyokong langkah yang diambil oleh Dato' Menteri Besar serta kerajaan negeri selangor dalam menyelesaikan kemelut SBB yang telah berlarutan lebih 25 tahun. Atau pun, kalau YB William masih nak jadi 'kuda hitam JPPSSBB yang mana keswemua ajk terdiri dari ketua-ketua UMNO, MCA dan MIC (BN) cawangan -cawangan kawasan Bukit Botak, YB William wajar keluar dari PKR, masuk BN dan jadilah ahli parlimen BN. Kepada JPPSSBB, satu badan yang dah takde kepala, tak payahlah cuba nak menegakkan lagi benang basah.

    ReplyDelete
  2. Anonymous..
    Saya hanya tidak tahu lasung tentang setinggan bukit botak, hanya pandai tuduh jppssbb tipu penduduk.kalau kamu duduk dalam jppssbb baru tahu apa kedudukan sebenar.
    Rancangan penempatan bukit botak tidak akan gagal jika tidak ada campur tangan penyangak penyangak yang mengambil kesempatan dari kekalahan pilihan raya ke12, penyangak ini telah mengelirukan fakta yang sebenarnya,Penyangak ini telah pengasut perompak perompak untuk mencari lebih keuntungan pada kelembabpan projeck yang sedang berjalan dan kemudian dibehentikan oleh masaalah yang sengaja di buat untuk menampakan saoalah itu satu isu yang besar hingga membawa kepada pengambilan tanah balik,sedangkan geran sudah diberikan,cukai tanah di bayar dan tanah kubur pun dibayar.
    keciciran 106 orang,mereka ini pada asalnya tidak berminat untuk menyertainya tapi apabila geran tanah sudah keluar mereka sebok, ini kesempatan yang ada untuk melobi kerajaan baru atau memang orang luar yang cuba cuba cari untung nasib ini boleh berlaku kerana ada manusia munafik dalam dunia ini,
    257 orang yang kata tanahnya tidak boleh dibangunkan itu bukan salah jkpssbb.jkpssbb juga telah dimaklumkan dan membuat satu permohonan susulan pada kerajaan negeri untuk membuka satu kawasan tanah 27 ekar untuk mengantikan tanah yang tidak boleh dibangunkan.
    Kerana kesilapan teknik oleh pehak PKNS peratakan tanah menyebabkan Tanah ini tidak boleh dibangunkan. tuduhan anda tidak berasas.

    ReplyDelete