Sunday, April 21, 2013

BN Percuma 20 Meter Padu Air Bina Loji Baru Harga Air Naik 70%


BN Percuma 20 Meter Padu Air
Bina Loji Baru  Harga Air Naik 70%

Manifesto Barisan Nasional (BN) Selangor ciplak dasar Kerajaan Pakatan Rakyat (PAKATAN) Negeri Selangor, akhirnya menawarkan pemberian air percuma 20 meter padu kepada seluruh warga Selangor. Tetapi, calon kerusi parlimen Selayang William Leong Jee Keen menyatakan bahawa, BN tidak berani menyentuh projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 yang berkait rapat dengan harga air kelak.

Kerajaan BN dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd ( Syabas ) menggunakan alasan bahawa berlakunya kekurangan air pada tahun 2014, berkeras meneruskan projek Langat 2. Kerajaan PAKATAN Negeri Selangor bantah terhadap projek ini, pihak berkenaan pula memutuskan bekalan air di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur pada akhir tahun 2012 hingga awal tahun 2013, cuba memperalatkan isu air dan mengacam rakyat demi merampas kuasa pemerintahan Selangor.

William Leong Jee Keen merupakan Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), beliau dalam kenyataan akhbar hari ini berkata, Projek Langat 2 bertujuan merawat air mentah dari negeri Pahang untuk bekalan air di Selangor, Kerajaan PAKATAN Negeri Selangor tidak meluluskan projek ini sebab bimbang apabila siap projek Langat 2, rakyat terpaksa menanggung kos projek lebih daripada RM3.9 billion, harga air dijangka meningkat sebanyak 70%.

2 tahun dulu, harga air di Johor meningkat setelah bekalan air diswastakan, menduduki tempat pertama di Semenanjung Malaysia. Kalau PAKATAN tidak mendapat kuasa pemerintahan Selangor selepas pilihan raya tahun 2008, Syabas sudah meningkatkan harga air sebanyak 37%, dan juga 25% pada tahun 2012, menyebabkan harga air Selangor paling tinggi di Semenanjung.

Selama ini, Kerajaan PAKATAN Negeri Selangor menanggung harga air asas, membolehkan warga Selangor menikmati 20 meter padu air percuma. PAKATAN juga berhasrat melaksanakan skim penstrukturan semula bekalan air untuk menawarkan bekalan air pada harga terendah , elakkan pembinaan logi baru yang akan bebankan rakyat.

Sekarang , BN Selangor ciplak dasar PAKATAN, seolah-olah hendak memberi lebih manfaat kepada warga Selangor. Namun, mereka tidak membangkitkan isu Langat 2 yang akan mempengaruhi harga air, berniat menipu pengundi Selangor.
Pada awal tahun ini semasa berlakunya insiden putus air di banyak kawasan Selangor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin menegaskan, tidak kira Kerajaan PAKATAN Negeri Selangor setuju atau tidak, projek Langat 2 akan dimulakan dalam satu dua bulan ini supaya dapat menyelesaikan masalah kekurangan air di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur.

Walaupun Kerajaan PAKATAN Negeri Selangor membantah,  Kerajaan Pusat BN  tetap melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah membuka tender. Menurut ucapan Menteri Kementerian tersebut pada March, keputusan tender akan diumumkan pada April ini.


1 comment:

  1. Saudara langsung tidak menyatakan fakta-fakta teknikal dan saintifik yang menyokong kenyataan saudara, ia hanyalah retorik politik sahaja.

    Saya minta sdr berani siarkan komen saya ini bahawa parti sdr menyokong kebebasan dan keadilan bersuara.

    Saya menulis atas kapasiti seorang teknikal dan memberikan fakta-fakta berdasarkan kejuruteraan awam dan hidrologi tentang masalah perbekalan air di Lembah Kelang dan projek Langat 2.

    http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/05/memahami-sistem-perbekalan-air-di.html

    ReplyDelete