Thursday, November 12, 2009

[Berita] Mohon RM400,000 siapkan surau

http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story5981454.asp

RAWANG – Pembangunan Surau al Firdaus di Jalan GU 3/9, Taman Garing Utama yang merangkumi tiga fasa pembinaannya memerlukan kos sekitar RM700,000.

Bagaimanapun, sehing ga berakhir 13 Oktober lalu, sumbangan orang ramai berjaya dikumpulkan untuk pembangunan surau berkeluasan 0.24 hektar itu sebanyak kira-kira RM300,000.

Pengerusi surau berkenaan yang juga Nazir Masjid Nurul Iman, Ilham Akhbar Harun berkata, untuk itu Jawatankuasa Pembangunan Surau terba bit masih lagi berusaha mengumpulkan dana sekitar RM400,000 bagi melengkapkan pembinaan keseluruhan fasa.

“Dengan kos yang ada buat masa ini, kita akan memulakan fasa I iaitu kerja tambakan tanah sekitar Disember ini dan fasa II membina Blok A iaitu bangunan utama dijangka bermula Januari 2010.

“Bagi fasa III iaitu pembinaan Blok B dan Menara, ia adalah perancangan akan datang tertakluk kepada kemampuan kewangan. Jadi, kepada mereka yang ikhlas menyumbang melengkapkan keseluruhan fasa amat digalakkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Gotong-royong Permulaan Awal Pembinaan Surau al-Firdaus dirasmikan Timba lan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Rasni Ali Ahmad.

Hadir sama, Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Gan Pei Nei dan Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Zon 16, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji serta wakil Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Dalam pada itu, Ilham berkata, penderma sumbangan boleh membayar terus ke dalam akaun nama surau atas nama Tabung Pembangunan Surau al-Firdaus dengan nombor akaun Maybank al-Wadiah, 5620 1200 2735.

Mengulas kepentingan mendirikan surau itu menurutnya, selain bagi menampung keperluan pendu duk pada masa sekarang dan akan datang, kemudahan itu juga akan dimohon kebenaran mendirikan solat Jumaat.

Ilham berkata, ini memandangkan masjid terde kat berada sejauh kira-kira tujuh kilometer dari surau itu yang satu-satunya institusi mengadakan aktiviti keagamaan dan sosial bagi masyarakat Islam setempat.

“Pada masa ini, surau beroperasi sementara melalui sewaan rumah teres setingkat ‘corner lot’ yang hanya mampu menampung 100 jemaah. Manakala purata kos sewaan kira-kira RM500 sumbangan ditampung dengan sumba ngan orang ramai,” katanya.

Difahamkan, surau baru di blok A nanti akan menem patkan dewan solat utama dan ruang legar yang boleh menampung 380 jemaah, manakala blok B mempunyai bilik kuliah, bilik mesyuarat, pejabat, bilik jenazah dan utiliti asas.

Terdahulu, William yang sempat melawat isu infrastruktur setempat di perumahan terbabit dan bertemu penduduk selepas majlis itu selain turut menyumbang RM1,000 untuk pembinaan surau terbabit.


No comments:

Post a Comment